Ahad, 2 Mac 2008

...Taj Mahal... Sejarahnya...

Taj Mahal terletak di tebing Sungai Jumnai, berhampiran Agra, India. Ia merupakan monument peringatan kasih saying Shah Jahan kepada isterinya yang kelima, Mumtaz Mahal.

Pada tahun 1631, Mumtaz Mahal telah meninggal dunia ketika melahirkan anak Shah Jahan yang ke-14, Begum Gauhara.

Selepas kematiaan isterinya yang tersayng, Shah Jahan bertujuan untuk membina monument peringatan kepada arwah isterinya. Shah Jahan telah memerintahkan Ustaz Ahmad untuk bentuk Taj Mahal itu. Ustaz Ahmad megumpulkan 20,000 para pekerja dari seluruh dunia untuk membina banggunan istimewa tersebut.

28 jenis batu berharga digunakan untuk membina Taj Mahal. Pekerja-pekerja yang membina Taj Mahal itu telah bermula bekerja pada tahun 1632. Taj Mahal sudah siap 16 tahun kemudian, pada tahun 1948.

Apabila Shah Jahan telah meninggal dunia, anaknya, Aurangzeb, telah mengkebumikan ayahnya di sebelah makam Mumtaz Mahal.

Ayat dan surah daripada Al-Quran telah menjadi hiasan tempat keistimewaan ini. Antara ayat-ayat ini adalah Surah 91 , Surah 112 , Surah 89 , Surah 93 , Surah 95 , Surah 94, Surah 36 , Surah 81 , Surah 82 , Surah 84 , Surah 98 , Surah 67 , Surah 48 , Surah 77 dan Surah 39 .

Taj Mahal adalah satu daripada tujuh benada ajaib di dunia ini. Ini ialah sebeb sejarahnya yang menarik dan keindahan dan keistimewaan banggunan tersebut…

Pada pendapat saya, sejarah belakang Taj Mahal ini amat menarik. Seorang Maharaja yang telah membina sebuah monument peringatan supaya dia dan rakyat negaranya tidak akan melupakan isterinya yang tersayang, Mumtaz Mahal.

1 ulasan:

FieyQa berkata...

apa keistimewaannya??